Tukang Urut Shah Alam

Pondok Pondok Wellness and Spa

Urutan Sakit Kepala

Urutan Sakit Kepala

Urutan Sakit Kepala ? SIAPA SELALU SAKIT KEPALA WAJIB BACA ? Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening,

Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas! urutan sakit kepala.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut?

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan ‘hyper-irritable’ dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi. urutan sakit kepala.

Masalah Trigger Point

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda.

Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) – ianya dinamakan “sakit di dalam tengkorak” Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher. Fungsi ‘splenii’ ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

Simpulan Otot Leher ?

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.

Sumber : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

urutan sakit kepala sendawa banyak angin

Betul ke kalau sendawa bila berurut itu tandanya, badan banyak angin?

Angin adalah istilah bahasa melayu yang terlalu luas definisinya. Antara penggunaan istilah ini adalah untuk memerihal masalah berikut: sengal otot, lenguh sendi, kembung perut, dan sebagainya. Tak pasti menagapa semuanya dinamakan angin. urutan sakit kepala.

Jika angin yang dimaksudkan merujuk kepada masalah ketegangan otot selepas melakukan kerja berat, penukaran posisi mendadak atau silap bantal/tidur itu sebenarnya adalah myofascial knot.

Myofascial knot

Myofascial knot adalah kontraksi serat-serat otot berikutan radang yang lazimnya berlaku selepas otot tercedera akibat trauma seperti terlebih regang, atau koyak. Ia juga boleh berlaku akibat keletihan otot. Apabila ia berlaku, biasanya kita rasa seperti otot itu ketat, tegang dan sengal semasa melakukan pergerakan.

Berurut boleh melegakan myofascial knot jika tukang urut tahu di mana perlu diurut. Dalam perubatan moden, urutan dibuat oleh jurupulih fisioterapi terlatih menggunakan teknik urutan myofascial release. Teknik menggunakan anggota badan seperti jari dan siku atau penggolek untuk mengaplikasikan tekanan pada myofascial knot tersebut.

Myofascial knot juga boleh dilegakan dengan rawatan dry needling — penggunaan jarum halus yang dicucuk untuk memberi ransangan pada fascia yang terlibat. Teknik ini hampir serupa dengan teknik akupuntur tetapi tidak melibatkan konsep aliran chi dalam badan. Dry needling juga dikenali sebagai akupuntur barat.

Selain itu, modaliti fizikal juga boleh membantu. Contoh modaliti fizikal adalah seperti stimulasi elektrik dan penggunaan therapeutic ultrasound.

Berbalik kepada soalan. Apabila kita berasa sakit-sakit badan, sengal-sengal otot, kita pun pergi berurut. Semasa berurut, kita sendawa dan susulan itu kesakitan itu menjadi semakin lega. Oleh kerana itu, masyarakat kita panggil simptom sakit badan itu sebagai angin.

Apa yang menarikya, fenomena sendawa semasa berurut ini adalah fenomena yang hanya mahsyur di dalam batasan geografi dan kebudayaan Asia Tenggara. Jika anda ke negara Eropah misalnya, chiropractor (tukang urut bertauliah) di sana akan mengatakan ia fenomena langka buat mereka. Oleh itu, ia mungkin lebih kepada budaya dan amalan setempat.

Pelbagai teori telah diketengahkan untuk menjelaskan fenomena ini.

Teori respon “rehat dan hadam” membawa hipotesis bahawa urutan meransang sistem saraf parasimpatetik. Parasimpatetik bertanggungjawab atas pengaktifan penghasilan air liur dan air mata, penghadaman, serta perkumuhan kencing dan najis. Pengaktifan sistem penghadaman dan perkumuhan secara tidak langsung boleh menyebabkan sendawa itu berlaku.

Teori aerophagia pula mengetengahkan konsep penelanan udara. Semasa tekanan diberi oleh pengurut ke atas anggota tubuh pesakit, ia mendatangkan rasa sakit. Respon normal bagi menahan sakit adalah menarik nafas panjang kemudian menahan nafas itu. Semasa proses ini berlaku, ada kebarangkalian pesakit menelan udara nafas yang ditahan itu tanpa disedari. Apabila sudah cukup banyak udara yang ditelan ke dalam perut, ia akan ditolak keluar oleh otot perut dan terhasillah sendawa.

Namun begitu, semua teori-teori ini adalah penjelasan teoritikal dan masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh untuk membuktikan kebenarannya. Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin. Melainkan angin yang dimaksudkan itu merujuk kepada kembung perut akibat masalah penghadaman.

Kredit : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Leave a Reply