Tukang Urut Shah Alam

Pondok Pondok Wellness and Spa

Kebaikan Urut Badan

Kebaikan Urut Badan

7 KEBAIKAN URUT BADAN

Mesti hangpa tertanya-tanya kenapa perlu Urut Dan apa yang akan hangpa dapat. Jom semak

7 kebaikan mengurut

1) MELEGAKAN SAKIT-SAKIT BADAN

Urut badan sebenarnya dapat membantu anda melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu

2) MENGURANGKAN TEKANAN (STRESS)

Urut badan dapat membantu anda untuk relaks dan menghilangkan bebanan fikiran selepas kena marah dengan boss dan kerja yang banyak. Jari-jemari yang lembut memicit badan yang lenguh akan menghilangkan semua kekusutan itu

3) MASA UNTUK DIRI SENDIRI (‘ME’ TIME)

Urut badan ini adalah salah satu caranya untuk ada masa sendiri, sambil rehatkan minda.

4) MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Urutan seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu. Dikatakan juga, ia dapat membuang toksin dalam badan. Dengan teknik yang betul, ia juga dapat membuatkan kita rasa lebih segar. Bukan sahaja melancarkan darah,

Tapi melancarkan oksigen dalam badan juga.

5) MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN TUBUH

Bukan hanya dari vitamin atau suplemen sahaja anda boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh, sebaliknya melalui urut badan. Urutan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh menjadi lebih kuat.

6) MEMPERBAIKI POSTUR TUBUH

Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urut badan akan membantu melatih otot-otot tulang untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur hangpa lebih baik.

7) TIDUR JADI LEBIH NYENYAK

Kalau hangpa tidak boleh tidur nyenyak pada malam hari, elok hangpa Urut badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur hangpa Urut badan akan membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih relaks dan mengurangkan stress sehingga secara semulajadi akan membantukan hangpa rasa megantu. Ini adalah kerana ketika melakukan Urutan, secara tak langsung ia akan mengeluarkan hormon tenang.

Leave a Reply