Tukang Urut Shah Alam

Pondok Pondok Wellness and Spa

Punca Sakit Lepas Urut

Punca Sakit Lepas Urut

Pernah tak lepas urut badan rasa panas macam nak demam, gatal-gatal, atau ada denyutan kat tempat yang sakit? Jangan risau, ini biasa je sebenarnya, lagi-lagi kalau badan jadi lebih segar lepas tu.

Tapi ada juga kes yang lain sikit. Ada orang rasa demam, urat tegang, dan tak selesa sampai berhari-hari. Biasanya, ini berlaku bukan masa urut, tapi beberapa jam atau keesokan harinya. Nah, ini sebab-sebab kenapa boleh jadi macam tu:

1. Baru pertama kali urut

Kalau tak biasa urut, badan mungkin “terkejut” sebab darah yang lama tak lancar tiba-tiba jadi aktif balik. Toksin dalam badan pun mula keluar, sebab tu boleh rasa panas badan.

2. Makan berat sebelum urut

Kalau baru makan banyak, proses urut boleh jadi tak selesa. Sebaiknya tunggu dalam 30 minit hingga sejam sebelum mula urutan. Bagitau tukang urut kalau baru lepas makan.

3. Badan terlalu letih

Kalau datang urut dalam keadaan lesu sangat, badan perlukan rehat dulu. Lepas tu baru urut untuk elakkan rasa makin letih.

4. Tak cukup air

Minum air kosong sebelum dan selepas urut penting untuk bantu badan pulih. Kalau doktor ada pesan kurangkan air, pastikan tukang urut tahu dan buat urutan secara ringan.

5. Urut tempat yang tak sakit

Urut tempat yang tak bermasalah secara detail boleh buat badan rasa tak selesa. Cukup sapu ringan je kalau perlu.

6. Deep massage terlalu ekstrem

Urutan mendalam tak boleh buat sekali harung. Ia biasanya perlukan 3 sesi berasingan. Kalau cuba buat semuanya dalam satu sesi, boleh menyebabkan badan rasa lebih sakit.

7. Urut terlalu lama

Satu bahagian badan cuma perlu diurut maksimum 15 minit. Lebih dari tu boleh sebabkan lebam atau ketidakselesaan.

8. Penyakit tertentu

Pesakit dengan masalah seperti buah pinggang, jantung, diabetes, barah, atau kecederaan tulang perlu diurut dengan sangat berhati-hati.

9. Masalah tekanan darah tinggi

Kalau tekanan darah terlalu tinggi, elakkan urut. Risiko salur darah pecah sangat bahaya.

10. Gout dan bengkak

Urut kawasan gout atau bengkak boleh buat keadaan jadi lebih teruk. Fokus urut bahagian lain untuk kurangkan tekanan.

11. Luka baru atau ruam

Elakkan urut kawasan luka, ruam, atau jangkitan. Cukup sapu perlahan kalau perlu.

12. Sistem kelenjar

Kawasan seperti pituitari dan tiroid kena diurut dengan sangat lembut sebab ia sensitif.

13. Lepas pembedahan

Pesakit yang baru pembedahan atau rawatan berat seperti kemoterapi perlu rujuk doktor dulu sebelum urut.

14. Ibu hamil trimester pertama

Urut pada 13 minggu pertama kehamilan tak digalakkan sebab risiko keguguran. Kalau ada keraguan, elakkan.

15. Urut refleksi

Kadang-kadang lepas urut refleksi, ada sakit kat pinggang atau punggung. Ini normal sebab ia proses pelancaran darah.

16. Regangan fizikal

Urut yang melibatkan regangan badan macam Thai massage boleh sebabkan rasa tegang atau demam esoknya. Ini sebab badan tengah sesuaikan perubahan.

17. Bunyi tulang bergeser

Kalau urut sampai dengar bunyi tulang bergeser, cepat-cepat berhenti. Itu tanda bahagian tu tak sesuai diurut.

Komunikasi Dengan Tukang Urut Penting

Kalau rasa tak selesa masa urut, terus bagitahu tukang urut. Urutan tak sepatutnya menyakitkan. Kalau terlalu sakit, badan mungkin akan rasa kesan buruk keesokan harinya. Jadi, jangan malu nak beritahu masalah atau keperluan anda!

Leave a Reply